Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Rm116 Juta Di Hong Kong

Published: 15 Sep 2024 2.17 PM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kuala Lumpur, 15 September 2024 - Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan bersama dadah jenis methamphetamine bernilai HKD210 juta (RM116.1 juta) oleh polis Hong Kong, 12 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-rakyat-malaysia-ditahan-bersama-dadah-rm116-juta-di-hong-kong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Kuala Lumpur, 15 September 2024 - Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan bersama dadah jenis methamphetamine bernilai HKD210 juta (RM116.1 juta) oleh polis Hong Kong, 12 September lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi MalaysiaGazette petang tadi berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun dan beralamat di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Saya boleh sahkan tentang tangkapan seorang rakyat Malaysia bersama dadah oleh polis di Hong Kong.

“Semakan kami mendapati dia memiliki satu rekod lampau memiliki dadah dan satu rekod memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

“Saya telah pun meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin untuk mendapatkan risikan pembabitan rakan sejenayah di negara ini,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: MalaysiaGazette
ArticlePublished 15 Sep 2024 2.17 PMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM