
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Di Lembah Klang Sita Harta Rm14 15 Juta
Kuala Lumpur, 21 April 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang menerusi O...
Kuala Lumpur, 21 April 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang menerusi Op Empis dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan harta mencecah RM14.15 juta.
Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, dalam operasi pada Khamis lepas, sebanyak 19 individu berusia antara 24 hingga 48 tahun terdiri daripada 12 lelaki tempatan, lima wanita tempatan serta dua wanita warga China ditahan.
Beliau berkata menerusi siri serbuan itu, polis membongkar stor penyimpanan dan tempat memproses dadah di sebuah apartmen di Taman Wahyu serta sebuah rumah di Kepong.
“Hasil keseluruhan pemeriksaan menemukan Ketamin seberat 31.8 kilogram (kg), Erimin 5 (4.2 kg), pil Ekstasi (0.89 kg) dan serbuk Methylenedioxymethamphetamine (6.5 kg) yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.