
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Kesan Dadah Fentanyl Dijual Di Premis Vape
Kuala Lumpur, 21 April 2026 - Dadah Furanyl Fentanyl diberi jolokan 'zombi' yang dipercayai 50 ke 100 kali lebih kuat daripada Morfin dikesan dijual dalam pasa...
Kuala Lumpur, 21 April 2026 - Dadah Furanyl Fentanyl diberi jolokan 'zombi' yang dipercayai 50 ke 100 kali lebih kuat daripada Morfin dikesan dijual dalam pasaran rokok elektronik (vape) secara terbuka kepada pelanggan tetap.
Kegiatan itu terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melancarkan Op Vape 1.0 di seluruh negara bermula 13 April hingga Jumaat lalu membabitkan rampasan RM4.6 juta.
Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, operasi itu membabitkan 1,177 pegawai dan anggota JSJN dan 2,011 pegawai agensi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi.
Menurutnya, hasil serbuan itu, polis mengesan dadah Furanyl Fentanyl mula dijual di premis vape apabila menahan lima orang dalam serbuan berasingan.
"Dalam serbuan pada 13 April lalu, kita menahan seorang lelaki, seorang wanita dan seorang lelaki warga asing berusia 23 hingga 31 tahun di sekitar Taman Bukit Cheras.
"Hasil pemeriksaan kita merampas sembilan botol putih mengandungi cecair dadah disyaki Furanyl Fentanyl seberat 16.8 kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../polis-kesan-dadah-fentanyl...