Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Bawa Dadah Bernilai Lebih Rm9 5 Juta

Diterbitkan: 03 Dec 2022 11.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Krai, 3 Disember 2022 - Polis Kontinjen Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis Syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung Batu Jong, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-tahan-sepasang-suami-isteri-bawa-dadah-bernilai-lebih-rm9-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Kuala Krai, 3 Disember 2022 - Polis Kontinjen Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis Syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung Batu Jong, di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan terbesar tahun ini itu dilakukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) ketika menjalankan rondaan pada 8 pagi.

"Anggota bertindak menahan kenderaan dinaiki pasangan warga tempatan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemukan 11 guni yang setiap satu mengandungi 24 bungkusan dibaluti dengan kerajang aluminium bertulis 'Guanyingwang' disyaki dadah jenis Syabu.

"Kesemua dadah yang dirampas seberat 264 kilogram dianggarkan bernilai RM9,504,000 dipercayai untuk pasaran Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 Dec 2022 11.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM