
Article
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Sita Harta Beku Akaun Bank Rm9 72 Juta Milik Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai dianggarkan bernil...
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM9.72 juta milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah yang ditumpaskan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu diambil menerusi Op Morava oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Beliau berkata, sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu dibekukan dengan keseluruhannya bernilai RM1.86 juta.
"Kita turut membekukan 10 jentera dan 11 bidang tanah dengan keseluruhan bernilai RM2.81 juta.
"Selain itu, sebanyak 20 kenderaan dianggarkan bernilai RM6.77 juta, wang tunai RM35,041 dan barang kemas bernilai RM100,000 disita PDRM membabitkan keseluruhan sitaan berjumlah RM6.91 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, hari ini.