
Artikel
Artikel Pilihan Kelemahan Penyeliaan Dorong Polis Terbabit Kes Salah Laku Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Kelemahan penyeliaan menjadi antara punca pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit kes salah laku.
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Kelemahan penyeliaan menjadi antara punca pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit kes salah laku.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, prosedur operasi standard (SOP) pengambilan baharu pegawai dan anggota polis sedia ada dan ianya sudah lengkap dan mencukupi.
"SOP pengambilan sudah lengkap, tetapi ada kelemahan penyeliaan dan tindakan tegas perlu diambil.
"Kebanyakan mereka (anggota dan pegawai baharu) semasa masuk polis tiada masalah, namun disebabkan persekitaran, cabaran besar mungkin mereka tergoda.
"Ini masalah daripada segi penyeliaan, ia perlu diperkemaskan bagi mengurangkan isu ini (salah laku)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman hari ini.