Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Sedang Kenalpasti Punca Heroin 336kg Lepasi Pemeriksaan Pelabuhan

Diterbitkan: 15 Apr 2023 1.28 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenalpasti bagaimana Heroin yang dirampas pihak berkuasa Australia pada 13 Mac lalu, melepasi pemeriksaan di pelabuhan negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-sedang-kenalpasti-punca-heroin-336kg-lepasi-pemeriksaan-pelabuhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenalpasti bagaimana Heroin yang dirampas pihak berkuasa Australia pada 13 Mac lalu, melepasi pemeriksaan di pelabuhan negara ini.
Dadah Heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) itu dipercayai diseludup masuk sebelum diproses untuk pembungkusan dan diseludup keluar ke Brisbane melalui Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata dalam kes berkenaan Malaysia sememangnya dijadikan transit atau hub oleh sindiket atau kartel dadah bagi tujuan pembungkusan sebelum diseludup ke negara ketiga.
"Macam dadah Heroin, kita tahu Heroin tu bukannya berasal dari Malaysia, kerana negara kita tidak sesuai untuk dijadikan penanaman pokok popi atas faktor geografi. Namun bagaimana Heroin itu boleh dibawa masuk dari luar negara, diproses dan dibungkus semula sebelum dihantar ke negara ketiga?

"Perkara itu yang kita (PDRM) sedang lihat di mana berlakunya kepincangan dan kelemahan penguatkuasaan kita sehingga kita gagal mengesan kejadian ini daripada berlaku.
"Ini juga bererti perjuangan kita dalam membanteras penyeludupan dadah di negara ini masih lagi jauh dan ada banyak lagi yang perlu dipertingkatkan," katanya pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../polis-sedang-kenalpasti...

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Sedang Kenalpasti Punca Heroin 336kg Lepasi Pemeriksaan Pelabuhan
ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2023 1.28 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM