
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Rampas Dadah Bernilai Rm7 74 Juta Di Kedah Dan Pulau Pinang Tahan Sembilan Suspek Pengarah Jsjn
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi pertama Sabtu lepas sekitar pukul 2.00 petang, polis berjay...
Alor Setar, 20 April 2022 - Polis berjaya menahan sembilan suspek dan merampas dadah jenis Syabu dan Ganja seberat 258 kilogram (kg) yang bernilai RM7.74 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi pertama Sabtu lepas sekitar pukul 2.00 petang, polis berjaya menahan empat lelaki di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merampas dadah jenis Syabu seberat 212kg.
"Dalam operasi kedua pada pukul 4.20 pagi Isnin pula lima lagi lelaki ditahan di sekitar kawasan Kulim, dan polis merampas dadah jenis Ganja seberat 46kg.
Hasil keseluruhan dadah Syabu dan Ganja yang dirampas itu bernilai RM7.74 juta.
"Kesemua suspek yang berumur 31 hingga 52 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah jenis Syabu serta Ganja bagi pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua sindiket yang beroperasi secara berasingan itu dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun 2021.
"Sindiket ini berasingan, tetapi modus operandi yang digunakan adalah sama iaitu menyeludup masuk bekalan dadah dari Kelantan ke Kedah, sebelum dadah itu diedar ke pasaran tempatan terutamanya di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
"Polis berharap masyarakat dapat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di kawasan sekeliling. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 012-2087222," katanya.