
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Rampas Dadah Bernilai Rm14 5 Juta
Shah Alam, 21 Mei 2021 - Polis merampas dadah dianggarkan bernilai RM14.5 juta serta menahan lapan lelaki tempatan disyaki daripada dua kumpulan sindiket berbe...
Shah Alam, 21 Mei 2021 - Polis merampas dadah dianggarkan bernilai RM14.5 juta serta menahan lapan lelaki tempatan disyaki daripada dua kumpulan sindiket berbeza di sekitar Lembah Klang, Isnin dan Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, CP Dato Arjunaidi Mohamed berkata, dadah terbabit meliputi Heroin dianggarkan seberat 934.41 kilogram (kg), Syabu (170kg), Ganja (1.45 gram/g) dan 524 biji Pil Ekstasi.
Hasil operasi dijalankan, beliau berkata, polis turut menyita wang tunai, barang kemas, lima kenderaan, empat jam tangan mewah dan wang dalam akaun bank membabitkan nilai keseluruhan RM1.39 juta.
"Dalam operasi kira-kira jam 1.20 tengah hari 17 Mei lalu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menangkap seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kondominium di Bandar Kinrara.
Katanya, keseluruhan tangkapan dalam operasi itu membabitkan enam lelaki berumur 24 hingga 45 tahun yang mempunyai rekod kes dadah, manakala hasil ujian saringan awal mendapati seorang suspek terbabit positif ganja.
Susulan itu, katanya, semua suspek terbabit direman antara dua hingga tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).
Sumber: Berita Harian dan IPK Selangor
