Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Hadapi Situasi Mencabar Kekang Pengedaran Dadah Pengarah Jsjn

Published: 26 Nov 2023 1.42 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Polis menghadapi situasi kian mencabar dalam usaha membasmi pengedaran dadah susulan modus operandi sindiket yang semakin kreatif untuk lepas daripada tindakan undang-undang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-hadapi-situasi-mencabar-kekang-pengedaran-dadah-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:02 MYT
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Polis menghadapi situasi kian mencabar dalam usaha membasmi pengedaran dadah susulan modus operandi sindiket yang semakin kreatif untuk lepas daripada tindakan undang-undang.
Kebelakangan ini terdapat beberapa serbuan polis melibatkan rampasan dadah disembunyikan dalam kereta yang dijadikan stor diparkir di tepi-tepi jalan.
Mengakui ia merupakan trend terkini sindiket pengedaran dadah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, taktik itu memberikan cabaran tersendiri kepada pegawai penyiasat di jabatan berkenaan.

Dato’ Sri Mohd Kamarudin berkata taktik itu digunakan bagi mengelakkan sebarang pertemuan antara pihak sindiket, ‘transporter’ dan pembeli dadah.
“Jika pembeli dan transporter dadah ini ditangkap, mereka tidak boleh memberikan maklumat mengenai sindiket berkenaan secara terperinci kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain kerana tiada pertemuan bersemuka dilakukan,” katanya.

Menurut Dato’ Sri Mohd Kamarudin, kaedah itu menyebabkan siasatan menjadi rumit dan mencabar berikutan elemen pemilikan dadah sukar dibuktikan kerana dalam kebanyakan kes, pemilik kenderaan adalah individu lain, sama ada disewa atau kereta tersadai dan bukan milik individu yang ditangkap.

Dalam pada itu, kepesatan teknologi maklumat juga membolehkan pengguna membeli dadah secara dalam talian tanpa berjumpa kerana penghantaran dadah menggunakan servis kurier.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php....

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Hadapi Situasi Mencabar Kekang Pengedaran Dadah Pengarah Jsjn
ArticlePublished 26 Nov 2023 1.42 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM