Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Cedera Ditikam Ketika Cuba Tahan Penagih Dadah

Published: 25 Aug 2020 10.05 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Seorang anggota polis cedera ditikam ketika cuba menahan 2 penagih dadah di Taman Puri Warisan, Inanam, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-cedera-ditikam-ketika-cuba-tahan-penagih-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:50 MYT

Kota Kinabalu, 25 Ogos 2020 - Seorang anggota polis cedera ditikam ketika cuba menahan 2 penagih dadah di Taman Puri Warisan, Inanam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Tuan Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.35 tengah hari apabila 2 lelaki itu sedang menghisap dadah di bawah tangga di kawasan perumahan itu.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, 2 suspek itu terus membuang 2 paket syabu sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, salah seorang suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah pisau dan terus menyerang anggota polis.

“Seorang lagi suspek merempuh dan menumbuk salah seorang anggota polis yang cuba menahan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang anggota polis ditikam suspek pada bahagian lengan dan rusuk kiri ketika pergelutan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.freemalaysiatoday.com/…/anggota-polis-cedera-d…/

Sumber: Free Malaysia Today

ArticlePublished 25 Aug 2020 10.05 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM