Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah

Published: 07 Nov 2021 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-pemain-ekonomi-gelap-berselindung-di-sebalik-pernigaan-bersih-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah
Home / Article / Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah

Sumber: BERNAMA
Kuala Lumpur, 7 November 2021 - Sejumlah 221 sindiket dadah ditumpaskan di seluruh negara pada tahun ini yang ada antaranya diketuai golongan VIP bergelar ‘Datuk’.
Ada juga sindiket itu yang diketuai individu kaya bergelar jutawan dalam masa singkat selepas hanya dua tiga tahun menceburi bidang perniagaan.

Melihat situasi itu, timbul persoalan adakah suatu hari nanti negara bakal mempunyai 'raja dadah' seperti Pablo Escobar yang merupakan pengedar dadah Colombia terkaya dan memonopoli perdagangan Kokain sehingga mempengaruhi agensi penguatkuasaan undang-undang.

Menyuarakan kebimbangan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Razarudin Husain berkata, pemain ekonomi gelap (black economy players) itu adalah 'kingpin' yang berselindung di sebalik perniagaan ‘bersih’ untuk mengedar dan menjual dadah.

"Kerajaan menanggung kerugian ratusan juta setiap tahun berikutan sindiket ini tidak membayar cukai kerana mereka ini adalah 'black economy players' yang berselindung dalam aktiviti sebenar perniagaan iaitu menjual dadah," katanya dalam temu bual eksklusif Bernama di Bukit Aman baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau yang menerajui JSJN, menegaskan akan sentiasa memastikan perkara itu tidak berlaku dan akan terus memperhebatkan risikan dan operasi dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah
ArticlePublished 07 Nov 2021 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM