Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pemain Ekonomi Gelap Berselindung Di Sebalik Pernigaan Bersih Edar Dadah
Sumber: BERNAMA
Kuala Lumpur, 7 November 2021 - Sejumlah 221 sindiket dadah ditumpaskan di seluruh negara pada tahun ini yang ada antaranya diketuai golongan VIP bergelar ‘Datuk’.
Ada juga sindiket itu yang diketuai individu kaya bergelar jutawan dalam masa singkat selepas hanya dua tiga tahun menceburi bidang perniagaan.
Melihat situasi itu, timbul persoalan adakah suatu hari nanti negara bakal mempunyai 'raja dadah' seperti Pablo Escobar yang merupakan pengedar dadah Colombia terkaya dan memonopoli perdagangan Kokain sehingga mempengaruhi agensi penguatkuasaan undang-undang.
Menyuarakan kebimbangan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Razarudin Husain berkata, pemain ekonomi gelap (black economy players) itu adalah 'kingpin' yang berselindung di sebalik perniagaan ‘bersih’ untuk mengedar dan menjual dadah.
"Kerajaan menanggung kerugian ratusan juta setiap tahun berikutan sindiket ini tidak membayar cukai kerana mereka ini adalah 'black economy players' yang berselindung dalam aktiviti sebenar perniagaan iaitu menjual dadah," katanya dalam temu bual eksklusif Bernama di Bukit Aman baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau yang menerajui JSJN, menegaskan akan sentiasa memastikan perkara itu tidak berlaku dan akan terus memperhebatkan risikan dan operasi dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.
Sumber: BERNAMA
