Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pdrm Siasat Penghantaran Heroin Ke Australia

Diterbitkan: 11 Apr 2023 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia merampas dadah Heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-pdrm-siasat-penghantaran-heroin-ke-australia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:57 MYT
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia merampas dadah Heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.

Setiausaha PDRM, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, dadah itu dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta).

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima daripada Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu media melaporkan, pihak berkuasa Australia merampas 336 kg Heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pdrm-siasat-penghantaran...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2023 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM