
Article
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pdrm Siasat Penghantaran Heroin Ke Australia
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia merampas dadah Heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dibawa mas...
Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia merampas dadah Heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima daripada Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Terdahulu media melaporkan, pihak berkuasa Australia merampas 336 kg Heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu.
Sumber: Harian Metro