
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pdrm Rampas 27 Tan Dadah Hampir Rm1 Bilion Tahun Ini Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 30 Disember 2021 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas lebih 27 tan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM95...
Kuala Lumpur, 30 Disember 2021 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas lebih 27 tan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM951.69 juta sepanjang tahun ini.
Berdasarkan rekod serbuan dan operasi, kejayaan membanteras aktiviti pengedaran dadah terbesar pada tahun ini banyak dilakukan di Johor dan Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, rampasan terbesar dadah dalam tahun ini adalah kerana Malaysia dijadikan pilihan oleh sindiket sebagai lokasi transit.
"Dadah yang paling banyak dirampas adalah Syabu dengan berat 7.9 tan dan jumlah ini meningkat 86 peratus berbanding tahun lalu.
"Turut mencatat rampasan terbesar adalah kandungan Ephedrine atau bahan utama untuk menghasilkan dadah iaitu sebanyak 5.5 tan dan bahan kimia sebagai kandungan dadah dengan 3.1 tan," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian


