Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Ketua Sindiket Dadah Antara 10 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Di Sabah Timbalan Kpn

Diterbitkan: 26 Dec 2023 9.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Disember 2023 - Ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-ketua-sindiket-dadah-antara-10-individu-ditahan-dalam-operasi-khas-di-sabah-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:18 MYT
Kuala Lumpur, 26 Disember 2023 - Ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi.

Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

"Dalam operasi ini, beberapa siri serbuan telah dijalankan secara serentak di sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Tawau dan Semporna.
"Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis Syabu sejak tahun 2015," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: PDRM RMP TV dan BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 26 Dec 2023 9.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM