Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Reman Tiga Anggota Polis Didakwa Curi Rm85 000 Disambung Hingga Jumaat Timbalan Kpn

Diterbitkan: 26 Dec 2023 9.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 Disember 2023 - Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian membabitkan wang tunai RM85,000 disambung reman selama empat hari sehingga Jumaat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-reman-tiga-anggota-polis-didakwa-curi-rm85-000-disambung-hingga-jumaat-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kuala Lumpur, 26 Disember 2023 - Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian membabitkan wang tunai RM85,000 disambung reman selama empat hari sehingga Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

"Saya nak tegaskan bahawa kita terus buat siasatan selepas menerima maklumat insiden membabitkan tiga anggota dan menahan semua mereka.
"Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota kita (polis), kita tidak akan bertolak ansur, kalau ada pegawai yang ditahan dan dituduh, kita akan menjalankan siasatan.

"Kalau ada asas kita akan tangkap mereka dan tidak akan melindungi pegawai atau anggota," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../tiga-anggota-polis...

 
ArtikelDiterbitkan 26 Dec 2023 9.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM