Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Jangan Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah Dan Jenayah

Diterbitkan: 08 Apr 2023 10.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk tidak bersekongkol dengan sindiket dadah dan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-jangan-bersekongkol-dengan-sindiket-dadah-dan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 8 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk tidak bersekongkol dengan sindiket dadah dan jenayah.

Menerusi amanat kepada Ketua JSJN Negeri secara telesidang, Datuk Seri Ayob Khan turut menekankan mengenai isu integriti.

"Isu integriti ini adalah tidak terlibat dengan sindiket dadah, sebarang pelakuan jenayah serta lain-lain aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan penyeliaan kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing," katanya dipetik menerusi Facebook rasmi JSJN pada Jumaat.

Di akhir amanatnya baru-baru ini itu, Datuk Seri Ayob Khan menitipkan ucapan agar semua ketua jabatan terus komited dan ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan dan semoga JSJN terus cemerlang dalam membanteras dadah musuh nombor satu negara.

 
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2023 10.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM