
Article
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Jangan Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah Dan Jenayah
Kuala Lumpur, 8 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggo...
Kuala Lumpur, 8 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk tidak bersekongkol dengan sindiket dadah dan jenayah.
"Isu integriti ini adalah tidak terlibat dengan sindiket dadah, sebarang pelakuan jenayah serta lain-lain aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan penyeliaan kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing," katanya dipetik menerusi Facebook rasmi JSJN pada Jumaat.
Di akhir amanatnya baru-baru ini itu, Datuk Seri Ayob Khan menitipkan ucapan agar semua ketua jabatan terus komited dan ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan dan semoga JSJN terus cemerlang dalam membanteras dadah musuh nombor satu negara.