Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Empat Sindiket Tumpas Dadah Rm7 94 Juta Dirampas

Published: 25 Jul 2023 2.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 25 Julai 2023 - Empat sindiket memproses dan mengedar dadah tumpas selepas polis menahan 16 individu termasuk lima wanita di sekitar Lembah Klang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-empat-sindiket-tumpas-dadah-rm7-94-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:58 MYT
Shah Alam, 25 Julai 2023 - Empat sindiket memproses dan mengedar dadah tumpas selepas polis menahan 16 individu termasuk lima wanita di sekitar Lembah Klang.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 61 tahun ditahan menerusi tujuh serbuan bermula 17 hingga 21 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan di Seri Kembangan, Kota Damansara, Putra Height, Jinjang dan Rawang, pelbagai dadah bernilai RM7.94 juta dirampas.

"Dadah yang dirampas adalah 1.32 kilogram (kg) Heroin, Heroin Base (26.77kg), Methamphetamine (37.57kg), Ganja (109 gram), Pil Erimin 5 (42.86kg), Kafein (26.85kg) dan Ketamin (42.28kg),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../4-sindiket-tumpas-dadah...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 25 Jul 2023 2.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM