
Article
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Dadah Rm915 Juta Dirampas Dalam Tempoh 3 Bulan Pertama 2026 Rm3 1 Bilion Sepanjang Tahun Lalu Timbalan Kpn
Georgetown, 23 April 2026 - Malaysia dijadikan lokasi transit bagi sindiket dadah antarabangsa, bukannya pengeluar bahan terlarang itu, kata Timbalan Ketua Pol...
Georgetown, 23 April 2026 - Malaysia dijadikan lokasi transit bagi sindiket dadah antarabangsa, bukannya pengeluar bahan terlarang itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Katanya, keadaan itu berlarutan sejak dahulu dan dadah yang dihasilkan dibawa masuk dari utara Semenanjung.
"Malaysia sejak dulu lagi adalah negara transit. Kita bukan negara pengeluar, tapi negara transit dan ada juga sebilangan kecil itu yang diguna di Malaysia. Kalau ikut statistik tahun lalu, jumlah rampasan dadah dan racun bernilai RM3.1 bilion.
"Bagi tahun ini saja, sehingga Mac lalu, RM915 juta (nilai dadah) yang dirampas. Ini baru tiga bulan pertama, jadi kita bukan pengeluar, tetapi negara transit," katanya kepada media selepas Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS), di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../dadah-rm915-juta-dirampas...