Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 1 429 Pegawai Kanan Anggota Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahun Lepas Timbalan Kpn

Diterbitkan: 23 Apr 2026 11.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Georgetown, 23 April 2026 - Sebanyak 1,429 pegawai kanan dan anggota rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib termasuk 134 dibuang kerja sepanjang tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-1-429-pegawai-kanan-anggota-polis-dikenakan-tindakan-tatatertib-tahun-lepas-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:09 MYT
 
Georgetown, 23 April 2026 - Sebanyak 1,429 pegawai kanan dan anggota rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib termasuk 134 dibuang kerja sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PDRM tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melakukan kesalahan, sebaliknya tindakan tegas akan diambil bagi memastikan integriti pasukan terus terpelihara.

"Daripada 1,429 pegawai dan anggota polis itu, 819 dikenakan amaran, 211 denda, 190 lucut hak emolumen, 18 tangguh pergerakan gaji, 34 turun gaji, 23 turun pangkat dan 134 dibuang kerja," katanya selepas menghadiri Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata kesalahan yang direkodkan melibatkan pelbagai bentuk salah laku dengan jumlah tertinggi berkaitan integriti, iaitu 1,072 kes, diikuti jenayah (98), penyalahgunaan dadah (95), tadbir urus (91), syariah (40) dan rasuah (33 kes).

Tan Sri Ayob Khan berkata, meskipun jumlah pegawai dan anggota yang dikenakan tindakan itu kecil berbanding keseluruhan kira-kira 130,000 kekuatan pasukan, namun ia tetap memberi impak besar terhadap imej PDRM.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of dais and text that says 'CRIME CONSCIOUSNESS PUBLIC SAFETY PUBLICSAPETYSOCIET SOCIETY SERITA B SO astro AM - BERNAMA'
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2026 11.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM