Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Anggota Polis Cedera Dilanggar Pengedar Dadah

Published: 16 May 2021 1.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 16 Mei 2021 - Seorang anggota polis cedera akibat dilanggar kereta yang dinaiki tiga lelaki disyaki pengedar dadah di Taman Murni di sini pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-anggota-polis-cedera-dilanggar-pengedar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT
Sepang, 16 Mei 2021 - Seorang anggota polis cedera akibat dilanggar kereta yang dinaiki tiga lelaki disyaki pengedar dadah di Taman Murni di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Tuan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sepasukan anggota polis telah mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan pada jam 5.30 petang.

"Ketika anggota terbabit hendak menghentikan kereta itu, suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta berkenaan dengan laju serta melanggar dua buah kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Waja," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tuan Wan Kamarul Azran berkata, suspek turut melanggar kereta anggota polis terbabit sehingga menyebabkan seorang anggota polis tercampak dari kereta yang dinaiki. "Anggota polis itu mengalami cedera ringan iaitu kesan lebam pada kepala dan kaki," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berjaya memberkas tiga lelaki berusia 20 hingga 29 tahun apabila kereta yang mereka naiki tersekat dan berhenti selepas berlanggar dengan kenderaan lain.

Bacaan lanjut dipautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../anggota-polis-cedera...

Sumber: Astro Awani

ArticlePublished 16 May 2021 1.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM