Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Akta Dadah Berbahaya 1952 Perlu Ditambah Baik Pengarah Jsjn

Published: 02 Oct 2021 6.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2021 - Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 perlu ditambah baik seiring perkembangan semasa agar usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras najis dadah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-akta-dadah-berbahaya-1952-perlu-ditambah-baik-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2021 - Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 perlu ditambah baik seiring perkembangan semasa agar usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras najis dadah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berkata, antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan mengenakan kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan mengedar dadah.

“Mengikut ADB ketika ini, dadah jenis Heroin seberat 15 gram (g) manakala bagi Methamphetamine sebanyak 50 g diletakkan di bawah Seksyen 39B yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, tetapi saya melihat ada keperluan untuk berat Methamphetamine atau Syabu ini dikurangkan kepada 15 g atau lebih rendah.

“Ini kerana Methamphetamine atau Syabu merupakan rampasan dadah yang paling banyak ketika ini berbanding Ketamin, Kanabis dan Heroin ketika ADB ini digubal, Heroin merupakan dadah paling banyak dibawa masuk. Saya percaya dengan langkah ini kita akan dapat membanteras pengedar-pengedar dadah ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Dato’ Razarudin berkata, cadangan itu telah dikemukakan oleh PDRM kepada Kementerian Dalam Negeri melalui bahagian perundangan dan terdapat beberapa cadangan lagi yang sedang dibincang oleh jawatankuasa dalaman PDRM.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
ArticlePublished 02 Oct 2021 6.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM