Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

War Against Drugs Polis Kelantan Cekup 294 Penagih Dadah Dalam Tempoh 5 Hari

Published: 04 Feb 2018 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 4 Feb. 2018 - Polis Kelantan menahan 294 penagih dadah dalam operasi yang dijalankan selama lima hari di negeri ini baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/war-against-drugs-polis-kelantan-cekup-294-penagih-dadah-dalam-tempoh-5-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT

Kota Bharu, 4 Feb. 2018 - Polis Kelantan menahan 294 penagih dadah dalam operasi yang dijalankan selama lima hari di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong, berkata daripada jumlah itu seramai 24 pengedar dadah ditahan dalam Ops Tapis bermula 27 Januari sehingga 31 Januari lalu.

Katanya, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM40,000.

"Operasi itu dijalankan untuk membanteras aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di negeri ini.

"Dalam operasi ini, kita berjaya menahan 294 penagih termasuk 24 orang disyaki pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM40,000 yang kebanyakkannya ialah methampetamine dan air ketum ," katanya hari ini.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya turut merampas dan menyita pelbagai harta benda bernilai RM250,000 milik pengedar dadah.

"Kami akan menjalankan operasi membanteras dadah seperti ini dari semasa ke semasa di kawasan yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan dan pengedaran dadah di negeri ini," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

ArticlePublished 04 Feb 2018 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM