Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

War Against Drugs Pelajar Sekolah Antara Ditahan Dalam Pesta Dadah Di Terengganu

Published: 19 Jul 2017 7.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan 11 individu yang sebahagian besarnya remaja berusia 16 hingga 28 tahun di sebuah inap desa di Kampung Gong Kepas, dekat Jertih, awal pagi tadi, selepas didapati berpesta dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/war-against-drugs-pelajar-sekolah-antara-ditahan-dalam-pesta-dadah-di-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT

WAR AGAINST DRUGS: PELAJAR SEKOLAH ANTARA DITAHAN DALAM PESTA DADAH DI TERENGGANU

Polis menahan 11 individu yang sebahagian besarnya remaja berusia 16 hingga 28 tahun di sebuah inap desa di Kampung Gong Kepas, dekat Jertih, awal pagi tadi, selepas didapati berpesta dadah.

Ketika serbuan dijalankan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada 2 pagi itu, kumpulan terbabit sedang ‘melayan’ muzik dalam keadaan khayal.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, polis terpaksa mengumpil pintu dalam serbuan itu.

"Pemeriksaan mendapati suspek dalam keadaan khayal sambil melayan muzik.

"Empat daripada mereka adalah pelajar berusia 16 hingga 17 tahun dari dua sekolah menengah di daerah ini manakala tujuh lain berusia antara 18 hingga 28 tahun," katanya pada sidang media selepas sambutan Aidilfitri di IPD Besut, Kampung Raja, dekat Jertih hari ini.

Mohd Zamri berkata, kumpulan itu dipercayai menyewa rumah terbabit dengan harga RM180 sehari sejak dua hari lalu untuk dijadikan lokasi penyalahgunaan dadah.

"Kumpulan itu juga dikatakan berpakat mengeluarkan wang untuk menyewa rumah dan peralatan muzik," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis merampas dadah jenis Eramin 5 dan pil ekstasi bernilai RM465 selain peralatan menghisap dadah, peralatan pembesar suara serta lampu disko.

"Polis turut menemui parang, alat mencuri motosikal dan serangkai kunci rumah.

"Mereka kini ditahan reman empat hari sehingga 21 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sumber: 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/245940/pesta-dadah-di-inap-desa 
ArticlePublished 19 Jul 2017 7.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM