Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

War Against Drugs Lagi Penagih Dadah Ditahan Kali Ini Melibatkan Dua Pelajar Sekolah

Diterbitkan: 11 Dec 2017 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua pelajar antara 10 penagih dadah yang ditahan polis dalam tiga serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di Pulau Pinang, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/war-against-drugs-lagi-penagih-dadah-ditahan-kali-ini-melibatkan-dua-pelajar-sekolah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT
Dua pelajar antara 10 penagih dadah yang ditahan polis dalam tiga serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), di Pulau Pinang, semalam.

Serbuan pertama melibatkan penahanan seoarang penagih berusia 44 tahun di sebuah rumah dekat Bukit Teh manakala serbuan kedua pula melibatkan penahanan enam lelaki masing-masing berusia 27 sehingga 39 tahun dan polis juga berjaya merampas dadah jenis Heroin dari mereka.

Manakala serbuan terkakhir yang dibuat di sebuah apartment, pihak polis telah menahan tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah masing-masing di tingkatan tiga dan empat yang sedang khayal menghisap dadah.

Dua remaja berusia 15 dan 16 tahun itu mengaku menghisap dadah sejak awal tahun ini dan pemeriksaan air kencing, tiga daripada mereka termasuk lelaki berusia 30 tahun itu positif dadah jenis Syabu.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Sinar Harian di bawah.

War Against Drugs Lagi Penagih Dadah Ditahan Kali Ini Melibatkan Dua Pelajar Sekolah
ArtikelDiterbitkan 11 Dec 2017 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM