Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

War Against Drugs Dua Beradik Berdepan Hukuman Mati Kerana Disyaki Proses Dadah

Diterbitkan: 25 Sep 2017 7.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua beradik yang disyaki terbabit dalam kes memproses dan membungkus dadah jenis ecstasy dan ubat tiruan bernilai RM770,000 ditahan polis dalam serbuan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/war-against-drugs-dua-beradik-berdepan-hukuman-mati-kerana-disyaki-proses-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:51 MYT

Dua beradik yang disyaki terbabit dalam kes memproses dan membungkus dadah jenis ecstasy dan ubat tiruan bernilai RM770,000 ditahan polis dalam serbuan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Serbuan 5.30 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri ke rumah dan menahan wanita berusia 44 tahun.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui satu alat kawalan jauh pagar dan kunci rumah serta bil elektrik.

Beliau berkata, siasatan mendapati rumah berkenaan terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarga suspek dan ketika pemeriksaan didapati rumah berkenaan digunakan untuk memproses dadah jenis estasy.

Katanya, hasil pemeriksaan 7,235 biji pil ecstasy, 2.13 kilogram serbuk ecstasy dan 1.3 kilogram serbuk kafien dan 58 kilogram ubat tiruan dianggarkan bernilai RM770,000 ditemui.

"Pemeriksaan lanjut kemudian menahan abang suspek wanita itu berusia 46 tahun pada 5.15 pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika cuba melarikan diri ke Miri, Sarawak selepas mengetahui adiknya ditahan polis.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori," katanya.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2017 7.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM