Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Dato' Zubaidah menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis yang merupakan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa era zaman darurat dari tahun 1948 sehingga 1962 berupa cek ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-pertama-polis-sc-terima-kunjungan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:57 MYT
Oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

Kuala Lumpur, 9 Ogos - Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya apabila polis wanita pertama dalam Special Constable (SC) era 50-an, Johorabee binti Sahid, menerima kunjungan rombongan daripada wakil PDRM ke rumahnya, pagi ni.

Rombongan yang diketuai oleh YDH Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik bersama-sama wakil daripada cawangan Kebajikan serta cawangan Muzium.

Dalam kunjungan terbabit, YDH Dato' Zubaidah menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis yang merupakan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa era zaman darurat dari tahun 1948 sehingga 1962 berupa cek sumbangan serta barangan keperluan lain.

Johorabee, 77, yang berkhidmat sebagai SC dari tahun 1953 sehingga 1956 memberitahu, banyak pengalaman pahit, manis yang ditempuhnya dan ada daripada kenangan terbabit tidak pernah dilupakan.

"Antaranya beliau terpaksa menjaga lokap di mana ketika itu orang salah adalah orang Komunis yang sering membentak beliau dan mengayuh basikal pada pukul 2 pagi ke hospital untuk melihat orang salah.

"Pernah beliau menjaga seorang wanita Komunis dalam sebuah bilik dan pada ketika itu beliau berasa takut namun beliau gagahkan diri untuk menjalankan tugas yang diberi sebaik mungkin,"katanya.

Beliau kemudiannya diserapkan sebagai Women Police Constable (WPC) pada tahun 1956 dan terus menjawat jawatan Koperal selepas tamat latihan enam bulan.

Katanya, semasa bertugas sebagai anggota polis wanita ini banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhnya dan beliau sendiri pernah berhasrat untuk berhenti kerja namun dihalang oleh pegawainya.

"Banyak tempat beliau ditugaskan antaranya di Pulau Pinang, Ipoh dan di Kuantan. Semasa di Pahang ini beliau bertemu jodoh dengan arwah suami saya, Abd Rahim Head Abdullah.

"Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana berkahwin pada tahun 1968 dan pada 1970 beliau mengikut suami pulang ke United Kingdom menetap di sana salama 25 tahun,"katanya.

Katanya, terdapat perbezaan antara polis wanita pada zamannya berbanding kini dilihat banyak polis wanita yang lebih agresif serta lebih cergas dalam melakukan kerja mengawal keamanan negara.

"Diharapkan semua polis wanita dapat sentiasa menjaga diri mereka ketika melakukan setiap pekerjaan,"katanya.

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
YDH Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik bersama Puan Johorabee binti Sahid

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Gambar pakaian polis era tahun 50-an

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik melihat album gambar kenangan

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik melihat album gambar kenangan

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Puan Johorabee binti Sahid menceritakan sesuatu kepada mereka yang hadir tentang gambar suatu ketika dahulu

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik menyampaikan cenderahati dan cek sumbangan

Puan Johorabee binti Sahid ketika menceritakan kisah pahit manis beliau

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Puan Johorabee binti Sahid menandatangan borang terima sumbangan

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Puan Johorabee binti Sahid wajahnya terpancar kegembiraannya dengan kehadiran pihak Atasan PDRM

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Tinggal kenangan (Sewaktu seketika dahulu)

Wanita Pertama Polis Sc Terima Kunjungan
Tinggal kenangan (Sewaktu seketika dahulu)
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM