Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Myanmar Antara 77 Ditahan Dalam Op Sarang Di Hilir Perak

Diterbitkan: 01 Nov 2016 8.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang wanita warga Myanmar antara 77 individu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan dan Bagan Datoh selama tiga hari yang berakhir Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-myanmar-antara-77-ditahan-dalam-op-sarang-di-hilir-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:19 MYT
Teluk Intan, 1 November 2016 - Seorang wanita warga Myanmar antara 77 individu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan dan Bagan Datoh selama tiga hari yang berakhir Ahad lepas. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata wanita warga Myanmar berusia 40-an itu ditahan di kawasan perumahan di Hutan Melintang pada pukul 6 petang, 28 Okt lalu hasil maklumat risikan. 

Katanya pemeriksaan ke atas wanita yang tidak bekerja itu menemukan 108.5 gram heroin, 55 biji pil WY serta 41.5 gram dadah jenis methamphetamine.

"Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun di Hutan Melintang kerana kerana memiliki 57 gram heroin, 41.5 gram methamphetamine dan 39 pil Eramin 5.

Katanya operasi itu disertai 92 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Beliau berkata sepanjang operasi, pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 125.85 gram heroin, 115.11 gram syabu, 123 biji pil WY selain 120 liter air ketum dan 86 botol ubat batuk yang semuanya dianggar bernilai RM13,126.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2016 8.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM