Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Keldai Dadah Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm600 000

Published: 18 Jun 2014 3.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Di dalam sidang media tersebut beliau telah memaklumkan bahawa pada 9 November 2013 jam lebih kurang 9.30 pagi sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu yang diketuai ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-keldai-dadah-ditahan-bersama-syabu-bernilai-rm600-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:41 MYT

Ketua Polis Terengganu DCP Dato' Haji Jamshah bin Mustapa telah mengadakan sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Di dalam sidang media tersebut beliau telah memaklumkan bahawa pada 9 November 2013 jam lebih kurang 9.30 pagi sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu yang diketuai oleh DSP Roslan Bin Tahir telah menahan seorang wanita berusia 31 tahun, warganegara Vietnam dihadapan pintu keluar balai ketibaan domestik, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu.

Hasil pemeriksaan terhadap beg yang dibawa oleh wanita tersebut telah menjumpai dua bungkusan bersalotape dimana didalamnya terdapat ketulan Kristal yang disyaki dadah jenis Syabu. Bungkusan tersebut disembunyikan dibahagian bawah pelapik didalam beg. Nilai harga rampasan dianggarkan berjumlah RM600,000.00.

Wanita Keldai Dadah Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm600 000
Wanita Keldai Dadah Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm600 000
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM