Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Georgia Ditahan Di Kota Kinabalu Selepas Polis Temui

Published: 16 Jun 2014 2.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KOTA KINABALU, 26 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita Georgia selepas menemui dadah bernilai RM1.76 juta dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini, tengah malam Isnin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-georgia-ditahan-di-kota-kinabalu-selepas-polis-temui
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

KOTA KINABALU, 26 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita Georgia selepas menemui dadah bernilai RM1.76 juta dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini, tengah malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Supt Abd Rahim Dolmat berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.50 tengah malam kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.5 kg yang disorok dalam empat bingkai gambar yang dijumpai dalam beg pakaiannya.

Beliau berkata tiga daripada bingkai gambar itu masing-masing menyimpan lapan paket plastik berisi dadah berkenaan, manakala satu bingkai gambar lagi mempunyai enam paket.

Menurutnya polis mendapat maklumat mengenai wanita ini ekoran penahanan seorang lagi wanita warga Georgia berumur 37 di Pulau Pinang semalam, selepas polis menemui lebih 5kg syabu yang disorok dalam bingkai gambar dalam begnya.

"Polis tidak menolak kemungkinan wanita yang ditahan di sini malam tadi terlibat dengan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa," katanya pada sidang akhbar mengenai rampasan dadah itu di sini Selasa.

Abd Rahim berkata ia merupakan kunjungan pertama wanita itu ke Malaysia, dengan menggunakan visa lawatan.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM