Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Wanita Ditahan Selepas Hantar Mayat Bayi Ke Hospital

Diterbitkan: 07 Feb 2016 3.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis Johor menahan seorang wanita selepas dia menghantar mayat bayinya yang tidak cukup bulan di sebuah hospital di Batu Pahat. Bayi tersebut disyaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-ditahan-selepas-hantar-mayat-bayi-ke-hospital
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT
Polis Johor menahan seorang wanita selepas dia menghantar mayat bayinya yang tidak cukup bulan di sebuah hospital di Batu Pahat. Bayi tersebut disyaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, wanita terbabit ditahan bagi tujuan soal siasat kerana berdolak dalik dari awal tidak mengaku mayat bayi yang dibawa ke hospital konon bukanlah miliknya tetapi menjumpainya di sebuah stesen minyak.

Pihak Polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mahu mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan kematian selepas dilahirkan.

Sumber: Harian Metro

Wanita Ditahan Selepas Hantar Mayat Bayi Ke Hospital
ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2016 3.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM