Wanita Ditahan Polis Kerana Jual Madu Palsu
Cipta madu palsu menggunakan gula pasir dan pewarna tiruan. Itu taktik digunakan seorang peniaga wanita untuk mendapatkan untung mudah sejak beberapa bulan lalu.
Suspek berusia,18 tahun itu berjaya memperdaya ratusan mangsa dengan mendakwa madu dijual adalah produk asli yang diperolehi dari sarang lebah pada pokok tualang.
Bagaimanapun penipuan itu terbongkar apabila kediaman suspek di Batu 4, Gombak diserbu polis pada jam 9 malam kelmarin dan hasil pemeriksaan polis di dalam premisnya menemui 120 botol berisi cecair pekat dipercayai madu tiruan yang siap di proses untuk dijual kepada orang ramai.
Pihak polis turut menemui sebotol madu putih, 90 botol kosong. sembilan paket gula pasir, I2 paket asid sitrik, dua botol pewarna, sebotol perasa dan sebotol madu asli.
Suspek kini ditahan lanjut dan semua barang tiruan dirampas bagi tujuan siasatan.
Sumber: Harian Metro