Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Ditahan Bayi Dalam Jagaan Cedera

Published: 19 Jul 2018 7.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tangkak,19 Julai 2018 - Polis menahan seorang wanita berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes seorang bayi berusia 10 bulan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian tiga hari lepas, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-ditahan-bayi-dalam-jagaan-cedera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:45 MYT

Tangkak,19 Julai 2018 - Polis menahan seorang wanita berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes seorang bayi berusia 10 bulan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian tiga hari lepas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata wanita itu yang ditahan malam tadi kini direman empat hari bermula hari ini.

“Kes ini masih dalam siasatan bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa didera oleh pengasuh,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas kes itu, beliau berkata pada Selasa lalu, bayi tersebut dihantar ke Hospital Tangkak oleh pengasuhnya selepas mendapati mangsa mengalami sawan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata dan keretakan tempurung kepala,” katanya.

Beliau berkata bayi itu kini dirawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan kes disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.- BERNAMA

ArticlePublished 19 Jul 2018 7.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM