Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Didakwa Sebabkan Kematian Pegawai Kanan Polis

Published: 27 Apr 2017 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Baling, 27 April 2017 - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian seorang pegawai kanan polis dan isterinya, 18 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-didakwa-sebabkan-kematian-pegawai-kanan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT

Baling, 27 April 2017 - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian seorang pegawai kanan polis dan isterinya, 18 April lalu.

Yeoh Chiew Fern, 36, didakwa memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya, Suriya Ab Rahman 37, di Kampung Telok Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling dekat sini pada 7.15 pagi, 18 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.

Pegawai Perundangan/Siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Baling Inspektor Harlina Othman tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang juga seorang penganggur, memohon kepada mahkamah agar dia dibenar diikat jamin.

Majistret Mohd Izmi Ibrahim menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala lesen memandu tertuduh digantung bermula hari ini sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad berhubung kes itu.

Mahkamah menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh sebutan kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 27 Apr 2017 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM