Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Wanita Asing Bogel Di Gunung Kinabalu Diberkas

Published: 09 Jun 2015 10.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 9 Jun- Polis Tawau hari ini menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/wanita-asing-bogel-di-gunung-kinabalu-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:39 MYT

Tawau, 9 Jun- Polis Tawau hari ini menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas.

Ketika dihubungi, Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Keong Ho Eng berkata wanita itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau lewat tengah hari, ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai penahanan wanita itu.

Pada 30 Mei, sekumpulan pelancong asing bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan apatah lagi berlaku pula gempa bumi Jumaat lepas yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu dan mengorbankan sejumlah pelancong dan malim gunung.- BERNAMA

ArticlePublished 09 Jun 2015 10.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM