Article
Wanita Antara 28 Yang Ditahan Ejen Judi
Polis menahan 28 orang termasuk lapan wanita dipercayai ejen judi haram dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar daerah Manjung, semalam.
Polis menahan 28 orang termasuk lapan wanita dipercayai ejen judi haram dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar daerah Manjung, semalam.
Serbuan dilakukan serentak jam 5 petang oleh Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman di pekan Ayer Tawar, Pantai Remis dan Sitiawan.
Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal 3 STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata semua suspek yang ditahan adalah berusia antara 22 hingga 56 tahun.
Sumber: Berita Harian