Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Tumpahan Minyak Punca Kenderaan Terbabas

Diterbitkan: 16 May 2024 8.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
"Kejadian berlaku di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi menghala ke bulatan Simpang Lima." "Polis mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak diesel dan hanya seorang pemilik kenderaan yang terbabit tampil membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik, Klang Selatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur khianat dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-tumpahan-minyak-punca-kenderaan-terbabas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:46 MYT
"Kejadian berlaku di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi menghala ke bulatan Simpang Lima."

"Polis mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak diesel dan hanya seorang pemilik kenderaan yang terbabit tampil membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik, Klang Selatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur khianat dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "

" Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati semasa memandu terutamanya di waktu malam dan mematuhi peraturan serta undang-undang lalu lintas yang ditetapkan. "

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/51VQpUj3BtQ?feature=share
ArtikelDiterbitkan 16 May 2024 8.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM