Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Sekumpulan Lelaki Bermotosikal Mengejar Sebuah Kenderaan Van Jenazah

Diterbitkan: 05 Aug 2024 4.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-sekumpulan-lelaki-bermotosikal-mengejar-sebuah-kenderaan-van-jenazah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
VIDEO TULAR: SEKUMPULAN LELAKI BERMOTOSIKAL MENGEJAR SEBUAH KENDERAAN VAN JENAZAH

"Pada 4 Ogos 2024, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terkesan satu video memaparkan sebuah kenderaan van jenazah telah dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal dan mendakwa van tersebut telah dicuri dan terlibat dengan kes pecah rumah."

"Pihak polis telah menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pamandu van jenazah tersebut. Pada hari kejadian beliau memandu kenderaan tersebut ke satu kawasan perumahan untuk dihantar kepada seorang mekanik."
"Beliau telah tersalah alamat dan terpaksa memandu perlahan sehingga menyebabkan salah faham sebelum ditahan serta dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal membawa senjata kayu dan besi yang menuduh beliau memandu kenderaan curi dan terlibat kes pecah rumah."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah) dan siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof

Video Tular Sekumpulan Lelaki Bermotosikal Mengejar Sebuah Kenderaan Van Jenazah
 
 
ArtikelDiterbitkan 05 Aug 2024 4.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM