Article
Video Tular Sekumpulan Individu Mengasari Seorang Remaja Lelaki
"Pihak Polis Daerah Betong mengesan satu penyebaran rakaman video melalui aplikasi TikTok dan Facebook mengenai kejadian seorang remaja lelaki telah ditampar b...
"Pihak Polis Daerah Betong mengesan satu penyebaran rakaman video melalui aplikasi TikTok dan Facebook mengenai kejadian seorang remaja lelaki telah ditampar beberapa kali di bahagian muka oleh seorang individu dan sekumpulan remaja lain yang berada di lokasi kejadian."
"Pihak polis mengesahkan kejadian berlaku di kawasan Spaoh dan telah menerima laporan polis bersabit insiden tersebut."
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkait insiden berkenaan berikutan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli
Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/930908145501603
