
Artikel
Video Tular Sekumpulan Individu Melakukan Khianat Dengan Membakar Kedai Vape
"Kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember 2023 jam lebih kurang 2150hrs di sebuah lot kedai di Taman Ria, Port Dickson. Ekoran kejadian tersebut premis berke...
"Pada 19 Disember 2023 jam 1830hrs telah terkesan video memaparkan kejadian sekumpulan individu melakukan khianat dengan membakar sebuah kedai vape."
"Kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember 2023 jam lebih kurang 2150hrs di sebuah lot kedai di Taman Ria, Port Dickson. Ekoran kejadian tersebut premis berkenaan telah terbakar di bahagian dalam dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran."
"Anggaran jumlah kerugian lebih kurang RM50,000. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api."
"Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat. Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohamad Danial Abd Rohim di talian 013-2226085 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6462999."
Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed
Pautan video:
Pautan video:
https://youtube.com/shorts/l2az6220-AE?feature=share