Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Sekumpulan Individu Melakukan Khianat Dengan Membakar Kedai Vape

Published: 20 Dec 2023 4.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
"Kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember 2023 jam lebih kurang 2150hrs di sebuah lot kedai di Taman Ria, Port Dickson. Ekoran kejadian tersebut premis berkenaan telah terbakar di bahagian dalam dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-sekumpulan-individu-melakukan-khianat-dengan-membakar-kedai-vape
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:10 MYT
"Pada 19 Disember 2023 jam 1830hrs telah terkesan video memaparkan kejadian sekumpulan individu melakukan khianat dengan membakar sebuah kedai vape."

"Kejadian tersebut berlaku pada 18 Disember 2023 jam lebih kurang 2150hrs di sebuah lot kedai di Taman Ria, Port Dickson. Ekoran kejadian tersebut premis berkenaan telah terbakar di bahagian dalam dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran."

"Anggaran jumlah kerugian lebih kurang RM50,000. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api."

"Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat. Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohamad Danial Abd Rohim di talian 013-2226085 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6462999."

Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed

Pautan video:

https://youtube.com/shorts/l2az6220-AE?feature=share

ArticlePublished 20 Dec 2023 4.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM