Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Sekumpulan Individu Bergaduh Dan Berkelahi

Published: 19 Jun 2024 8.34 AM Updated: 15 Aug 2026 8.07 PM
“Kejadian tersebut berpunca daripada salah seorang daripada suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menegur dan memandangnya lalu bertindak menyerang mangsa. Ekoran insiden tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kereta milik mangsa mengalami kerosakan.”
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-sekumpulan-individu-bergaduh-dan-berkelahi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT
“Pihak polis telah menerima satu laporan berkaitan kejadian seorang lelaki warga tempatan telah diserang oleh sekumpulan lelaki di Jalan Persiaran Bukit Raja berdekatan Stesen Minyak Petron Bandar Baru Klang.”

“Kejadian tersebut berpunca daripada salah seorang daripada suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menegur dan memandangnya lalu bertindak menyerang mangsa. Ekoran insiden tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kereta milik mangsa mengalami kerosakan.”

“Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan dan kedua-dua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkan kepada pihak polis.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/OTBZn0Cq5bY?feature=share
Video Tular Sekumpulan Individu Bergaduh Dan Berkelahi
ArticlePublished 19 Jun 2024 8.34 AMUpdated 15 Aug 2026 8.07 PM