Article
Video Tular Sebuah Kereta Melanggar Sebuah Motosikal Dinaiki Dua Individu
"Pada 13 November 2024, pihak polis telah terkesan video tular di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua in...
"Pada 13 November 2024, pihak polis telah terkesan video tular di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua individu di Kuala Kurau, Perak".
"Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menangkap suspek seorang lelaki Cina serta turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut untuk tindakan lanjut".
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987".
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff
