
Artikel
Pic Of The Day Polis Seri Alam Sambut Mesra Kehadiran Murid Murid Tadika Dzul Iman Bandar Layangkasa
Keterujaan jelas terpancar pada wajah 23 murid itu apabila dapat melihat dengan lebih dekat dan berpeluang menaiki kenderaan Pasukan yang digunakan dalam tugas...
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang diketuai oleh Sarjan Mejar Anuar Omar menyambut mesra kehadiran murid-murid dari Tadika Dzul Iman Bandar Layangkasa yang mengadakan lawatan sambil belajar ke IPD berkenaan, di sini semalam.
Mereka turut diterangkan mengenai peranan dan bidang tugas Polis Diraja Malaysia dan kempen keselamatan diri serta pencegahan jenayah.
Sumber: Polis Daerah Seri Alam