Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Sebuah Kereta Melanggar Sebuah Motosikal Dinaiki Dua Individu

Diterbitkan: 14 Nov 2024 12.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 13 November 2024, pihak polis telah terkesan video tular di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua individu di Kuala Kurau, Perak".
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-sebuah-kereta-melanggar-sebuah-motosikal-dinaiki-dua-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT
"Pada 13 November 2024, pihak polis telah terkesan video tular di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua individu di Kuala Kurau, Perak".

"Laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki Melayu pada 12 November 2024 mengatakan beliau bersama rakannya telah cuba menahan kenderaan dinaiki suspek kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan individu lain dan melarikan diri".

"Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menangkap suspek seorang lelaki Cina serta turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut untuk tindakan lanjut".

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff

Video Tular Sebuah Kereta Melanggar Sebuah Motosikal Dinaiki Dua Individu

ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2024 12.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM