Artikel
Video Tular Polis Sahkan Video Lama Penderaan Kanak Kanak Ditularkan Semula
“Polis mengesahkan rakaman video memaparkan kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki yang tular menerusi media sosial adalah kes yang berlaku pada bulan F...
“Polis mengesahkan rakaman video memaparkan kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki yang tular menerusi media sosial adalah kes yang berlaku pada bulan Februari tahun lepas dan suspek terlibat telah didakwa di mahkamah”.
“Pada 27 Februari 2023 jam lebih kurang 2.20 petang, pihak polis telah menerima satu laporan mengenai penderaan terhadap seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.”
“Suspek telah didakwa di Mahkamah Butterworth pada 4 April 2023 dan telah dijatuhkan hukuman pada 25 Julai 2023 iaitu denda RM12,000 serta dikenakan bon berkelakuan baik dengan jaminan RM5,000 dan pengawasan selama 2 tahun.”
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman
