Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Polis Sahkan Video Lama Penderaan Kanak Kanak Ditularkan Semula

Published: 25 Oct 2024 11.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
“Polis mengesahkan rakaman video memaparkan kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki yang tular menerusi media sosial adalah kes yang berlaku pada bulan Februari tahun lepas dan suspek terlibat telah didakwa di mahkamah”.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-polis-sahkan-video-lama-penderaan-kanak-kanak-ditularkan-semula
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT
“Polis mengesahkan rakaman video memaparkan kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki yang tular menerusi media sosial adalah kes yang berlaku pada bulan Februari tahun lepas dan suspek terlibat telah didakwa di mahkamah”.

“Pada 27 Februari 2023 jam lebih kurang 2.20 petang, pihak polis telah menerima satu laporan mengenai penderaan terhadap seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.”
“Tangkapan telah dibuat terhadap suspek yang juga bapa kandung mangsa dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.”

“Suspek telah didakwa di Mahkamah Butterworth pada 4 April 2023 dan telah dijatuhkan hukuman pada 25 Julai 2023 iaitu denda RM12,000 serta dikenakan bon berkelakuan baik dengan jaminan RM5,000 dan pengawasan selama 2 tahun.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman
Video Tular Polis Sahkan Video Lama Penderaan Kanak Kanak Ditularkan Semula
ArticlePublished 25 Oct 2024 11.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM